Teknik Self Hypnosis

Teknik hipnosis kendiri atau "Self Hypnosis" merupakan cara yang terbukti untuk memprogramkan semula pemikiran anda dan seterusnya tubuh anda untuk melakukan sesuatu yang anda mahu.

Contohnya, begini.

Anda mahu memiliki bentuk badan yang lebih langsing, lebih kurus (dan sihat) berbanding sekarang.

Tetapi anda dapati setiap hari, anda sangat suka makan makanan sedap.

Nampak tak?

Tindakan anda dan kemahuan anda adalah tidak selaras.

Tindakan anda: Makan makanan sedap setiap hari contohnya makan coklat dan minum kopi.
Kemahuan anda: Mahukan bentuk badan yang kurus dan sihat.


Tindakan anda ialah pola pergerakan tubuh anda iaitu apa yang anda buat setiap hari.

Kemahuan anda ialah pola fikir anda iaitu apa yang anda fikir setiap hari.


Apa kaitannya dengan self hypnosis?

Kaitannya begini.

Sebelum saya ceritakan cara atau teknik self hypnosis biar saya terangkan iaitu, apabila berlaku situasi di atas, iaitu pola pergerakan tubuh dan pola fikir anda tidak sama, sebenarnya apa yang berlaku ialah...

sebenarnya terdapat satu lagi pola fikir tersembunyi yang menggerakkan tubuh anda ke arah makan makanan sedap setiap hari.

ya itulah yang saya ingin beritahu.

pola fikiran tersembunyi ini disebut fikiran bawah sedar.

fikiran bawah sedar inilah yang membuatkan diri anda seronok makan makanan sedap setiap hari, dan menyebabkan bentuk tubuh anda boooobbbbbbbb menjadi belon. hehe itu contoh saja.

so, tapi bila menyedari bentuk badan anda telah bulat, maka sekarang timbul satu pola fikiran baru iaitu

anda mahu bentuk badan yang sihat dan kurus.

Ini pula adalah pola fikir yang disebut fikiran sedar. Fikiran ini berlaku kerana anda secara sedar memikirkan fikiran ini berdasar apa yang anda nampak.

Anda berfikir secara logik iaitu, nampak bentuk badan bulat, anda tak mahu.

So anda mahu bentuk badan kurus dan sihat.

Jadi apa yang berlaku?

Sampai tahap ini, anda boleh faham kan?

Kebanyakan orang tidak menyedari pola fikir bawah sedar yang membuatkan mereka sangat suka makan makanan sedap-sedap setiap hari, yang menyebabkan badan mereka jadi bulat.

KEnapa? Sebab itulah dikatakan pola fikir ini fikiran di bawah sedar.

Sebab di bawah sedar, sebab itulah kebanyakan orang tidak menyedarinya!!!

Bijak kan?

So sebab itulah wujudnya teknik hipnosis, di mana seorang ahli hipnosis, yang tahu bagaimana untuk mengenal pasti pola fikir di bawah sedar ini, dan seterusnya

baca betul-betul

dan seterusnya boleh "memprogram semula" fikiran bawah sedar itu

fikiran bawah sedar yang membuatkan pola pergerakan tubuh seseorang untuk bertindak di bawah sedar macam ni

nampak makanan sedap, terus makan

lepas dah makan, tengok cermin, badan makin bulat

baru nak rasa menyesal makan banyak

tapi esok, nampak makanan sedap, makan lagi

so caranya?

ahli hipnosis boleh mengenal pasti fikiran di bawah sedar ini

dan dengan melakukan hipnosis kepada orang itu

akhirnya, pola fikir di bawah sedar ini dapat diganti dengan pola fikir bawah sedar yang baru

contohnya begini


"wahai minda bawah sedar, aku perintahkan engkau, setiap kali nampak makanan sedap, pastikan tubuh ini hanya makan setengah sahaja, atau sehingga cukup kenyang sahaja ya. terima kasih minda bawah sedar."

ini dinamakan sebagai saranan bawah sedar dan saranan ini diberikan kepada orang yang dihipnosis, semasa sesi hipnosis berlangsung (tahu kan? maksudnya waktu orang yang dihipnosis itu matanya tertutup seperti tidur, tetapi telinga dia boleh mendengar dan minda dia boleh merakam saranan yang diberi ahli hipnosis)

masalahnya sekarang, untuk mencari orang yang tahu melakukan hipnosis, dan boleh dipercayai untuk memberi hanya saranan yang bagus sahaja dan tidak mengambil kesempatan memasukkan saranan jahat yang memberikan keuntungan kepada ahli hipnosis itu, yang dilakukannya di bawah sedar...

itu sangat susah kan.

Sebab itulah, ada baiknya kita belajar self hypnosis, supaya kita boleh memprogramkan minda bawah sedar kita sendiri dengan saranan yang kita mahu.

Best kan?

Sebab itulah kenapa artikel ini bercerita mengenai teknik self hypnosis.

Pertama, sebab hipnosis adalah powerful untuk ubah fikiran bawah sedar.
Kedua, sebab susah untuk cari ahli hipnosis yang betul-betul bagus.

Tapi artikel ini dah terlebih panjang lah pulak.

Kita sambung lagi di lain kali ya.

Harap bersabar.

Oh ya, sebelum terlupa ini adalah tujuh langkah untuk melakukan hipnosis, sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.

7 Langkah Sesi Hipnosis

1. Pre-talk
Pretalk adalah untuk bercakap-cakap dengan orang yang akan dihipnosis, untuk mendapatkan rapport atau keserasian, terutama dengan minda bawah sedar orang tersebut. Seorang ahli hipnosis boleh melakukan ini, tapi sesiapa juga boleh melakukannya. Caranya adalah cuba fahami apa masalah yang ingin diselesaikan, kenal pasti apa "pergerakan tubuh automatik" yang ingin diubah, dan kenalpasti apa pola fikir bawah sedar yang ingin diubah. Jika ditanya, minda bawah sedar itu sendiri akan berikan hintnya. Inilah kelebihan pre-talk sebelum sesi hipnosis dilakukan. Selain itu, pretalk juga adalah masa untuk mendapatkan persetujuan client untuk dihipnosis. Jika mereka setuju, kena juga pastikan minda bawah sedar mereka setuju. Iaitu melalui bahasa tubuh mereka. Jika mereka mengangguk dan kelihatan seperti boleh menerima untuk diubah pola fikir bawah sedar mereka, maka itu menunjukkan minda bawah sedar mereka juga bersetuju untuk berikan yang terbaik kepada diri mereka secara keseluruhan. Ya, dalam fasa ini, dapatkan persetujuan.

2. Trance Induction
Lakukan fasa ini hanya selepas mendapat persetujuan minda bawah sedar untuk berubah pola fikir. Fasa ini membawa client atau diri anda jika anda melakukan self hypnosis, untuk mulai memasuki keadaan trance, iaitu mata tertutup dan fikiran kosong. Yang ada hanya minda bawah sedar yang merakam segala saranan. Caranya, minta minda bawah sedar atau minda sedar untuk  buat dalam kiraan mengundur 3,2,1 dan tutup mata pada kiraan 1... diikuti dengan menarik nafas dan rasa lebih santai dan relax. Dan tarik nafas.. dan hembus beberapa kali, sehingga betul-betul santai, relax dan selesa.

3. Deepening Trance
Kemudian, untuk betul-betul menghubungi dunia minda bawah sedar, dan betul-betul memastikan minda bawah sedar dapat merakam saranan dengan sangat-sangat jelas, pastikan deepening trance dilakukan. Caranya, membuatkan diri client atau diri anda jika anda lakuka self hypnosis, untuk masuk ke dalam keadaan minda trance yang lebih dalam, lebih dalam berbanding sebelumnya, dan lebih relax, lebih santai, lebih tenang, sampai 10 kali ganda lebih relax dan santai dan tenang berbanding seterusnya kerana dilakukan secara kiraan menurun daripada 10, 9,8,7,6,5,4,3,2... dan 1.... dan menjadi satu tingkat lebih santai dan lebih relax berbanding sebelumnya setiap kali menuruni satu tangga. Untuk membantu, ada baiknya membuat metafora atau bayangan seolah-olah seperti sedang menuruni tangga, atau lif, yang memberi kiraan menurun, satu angka demi satu angka, sambil minda membayangkan dengan jelas seperti seolah berada betul-betul di tangga atau dalam lif. Ini namanya deepening dan jika dilakukan dengan betul, akan memberikan satu rasa yang sangat santai, sangat relax, sangat damai dan sangat tenang sepanjang proses dan selepas mencapai kiraan 1... kemudian...

4. Suggestion
sambil berasa sangat santai, rasai untuk beberapa ketika, kemudian mulai memberikan saranan positif, dan bercakap kepada minda bawah sedar, seolah seperti sesuatu yang hidup. Berilah saranan atau arahan yang baik dan positif, untuk cara berfikir yang baru, supaya memberikan pola pergerakan tubuh yang baru. Contohnya begini :

"wahai minda bawah sedar, aku perintahkan engkau, setiap kali nampak makanan sedap, pastikan tubuh ini hanya makan setengah sahaja, atau sehingga cukup kenyang sahaja ya. terima kasih minda bawah sedar."

ulang saranan ini beberapa kali, dan santai semula, dan berikan lagi saranan ini beberapa kali, dan santai, dan ulang saranan ini sekali lagi. dan santai.

Berikan hanya satu sahaja saranan dan ulang. ini terutama kepada yang melakukan sesi self hypnosis. supaya seluruh minda bawah sedar dalam sesi hipnosis ini dapat diprogramkan semula untuk selesaikan satu demi satu pola fikir dapat diubah.

5. Amnesia
Selepas lakukan saranan berulang untuk beberapa kali, penting untuk buatkan minda bawah sedar sahaja yang ingat saranan tersebut, dan dilupakan minda sedar. Sebab walaupun selepas deepening, minda bawah sedar lebih kuat dan aktif, tetapi yang membolehkan kita memprogramkan minda bawah sedar dengan memberikan saranan atau membolehkan kita "bercakap" dengan minda bawah sedar, itu adalah minda sedar kita terutama jika melakukan self hypnosis.

Oleh itu, penting untuk memberitahu minda sedar untuk "lupakan untuk ingat" saranan yang diberi kepada minda bawah sedar tadi, atau "ingat, untuk lupakan" saranan kepada minda bawah sedar tadi, supaya apa, supaya hanya minda bawah sedar sahaja yang akan ingat saranan itu. Dan supaya, apabila kita kembali ke dunia nyata dan apabila minda sedar kita kembali aktif, kita akan lupa saranan itu, dan tidak terlalu "excited" atau teruja dan memaksa minda bawah sedar untuk melakukan kerjanya...

Faham kan? Biarkan minda bawah sedar untuk lakukan kerjanya sendiri, iaitu di bawah sedar, tanpa gangguan daripada minda sedar. Dengan itu barulah kuasa sebenar minda di bawah sedar dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Hebat kan? wow!

6. Trance Termination
Selepas itu, barulah dilakukan trance termination, iaitu kita membawa minda kita kembali ke dunia realiti, dan membuatkan diri kita terus bangun... dalam kiraan menaik, 1 hingga 5, dan apabila sampai ke kiraan 5, beri arahan untuk buka mata, rasa lebih bertenaga, dan lebih bersemangat berbanding sebelumnya. Begini. Dalam kiraan satu hingga 5, dan bila sampai kiraan lima, anda akan buka mata, dan rasa lebih semangat berbanding sebelumnya. Satu, mulai kembali ke badan anda, dua, mula gerakkan kaki dan tangan anda, tiga, mulai sedar sekeliling, empat, tarik nafas bersedia untuk buka mata dannnnnn...... LIMA, buka mata, rasa lebih bertenaga dan bersemangat berbanding sebelumnya. Buka mata anda sekarang. Tahniah, anda telah selesai sesi hipnosis kali ini.

7. Post hypnotic Suggestion
Kemudian sebaik sahaja client membuka matanya, biasanya dia akan rasa bertenaga dan bersemangat, dan senyum lebar dan rasa seronok dengan pengalaman dihipnosis sebentar tadi.

Ini adalah masa yang sesuai untuk memberi beberapa lagi saranan positif sebagai bekal kepada client.

Ucapkan tahniah kepadanya.

Beri pujian yang dia telah melakukan dengan baik semasa sesi hipnosis.

Berikan galakan dan motivasi dan kata-kata semangat dengan mengatakan dia boleh dan akan dapat selesaikan masalahnya dan perlu banyak bersabar.

Berikan juga saranan untuk lebih banyak berfikir positif semasa bersendirian dan di dalam kehidupannya seharian.

Jika anda mahu, anda boleh memberi saranan kepadanya untuk membuat temu janji dengan anda untuk sesi hipnosis seterusnya.

Dan jika anda sedang self hypnosis, masa ini adalah untuk berikan kata semangat untuk diri anda dan untuk setkan sesi self hypnosis kepada diri anda di sesi akan datang dan berjanji untuk baca blog ini lagi esok atau dan berulang kali di masa akan datang sehingga sampai satu tahap, anda dapat melakukan sesi hipnosis kepada diri anda sendiri dengan cemerlang dan banyak manfaat, dan sampai satu tahap, anda berani menghipnosis orang lain untuk membantu mereka secara hipnosis, dan semuanya bermula dengan anda bermula menghipnosis diri anda sendiri beberapa puluh kali malah beratus kali sehingga anda betul-betul mahir menghipnosis orang untuk kebaikan.


No comments:

Post a Comment