Teknik Self Hypnosis - Part 2

Baru tadi saya tengok balik blog ini. Rupanya dah lama berhabuk.

Lepas itu saya buang debu-debu dari sekitar dinding dan lantai, eh terjumpa pulak post lama ini.

Teknik Self Hypnosis

Bila baca balik post tersebut, rupanya banyak benda yang kurang dalam post tersebut. Maka terjadilah post kali ini (pada hal saja mahu update blog haha)

Memperkenalkan Teknik Self Hypnosis Part 2.

Kenapa perlu self hypnosis? 

Dalam post sebelum ini, saya ada berikan dua sebab iaitu:

1. pertama, self hypnosis adalah sangat powerful untuk mengubah pola fikir bawah sedar kita sendiri, dan 2. kedua, sebab susah untuk cari sang hipnotis yang baik, dan tidak memasukkan saranan jahat ke dalam minda kita untuk keuntungan mereka.

Jadinya, mahu tidak mahu, kita perlu belajar menghipnotis diri kita sendiri.

Caranya tidak mudah. tapi boleh dipelajari. Post ini beri anda idea macam mana self hipnosis dilakukan.

Asasnya begini.

Step 1. Tentukan hasil yang anda mahu capai. 
Sebolehnya SATU hasil untuk satu siri self hipnosis. Jangan tamak. Fokus satu saja hasil, contohnya anda mahu kuruskan badan dan sihat kuat. Ok, jadi fokuskan satu ini untuk beberapa minggu. Contohnya 90 hari.

Step 2. Kenalpasti pola tindakan yang menggagalkan anda
Untuk capai hasil "kuruskan badan, jadi sihat dan kuat" anda sepatutnya melakukan tindakan yang membuatkan anda capai hasil tersebut, tapi sebaliknya hasil yang anda dapat adalah "badan yang bulat dan comel, tapi sering penat dan sering kurang bermaya". Hasil comel itu mungkin bagus, tapi anda mahu "kurus, sihat dan kuat".

Step 3. Kenalpasti pola fikir yang menggagalkan anda
Jadinya, apa yang menyebabkan badan anda "automatik" makan sedap-sedap setiap hari sampaikan badan anda bulat dan comel, tapi sering penat dan kurang bermaya adalah disebabkan oleh pola fikiran bawah sedar yang anda tidak sedari. Ya! Kenal pasti benda ini. Catat apa fikiran terakhir setiap kali anda nampak makanan sedap. Catat fikiran "automatik" tersebut. contoh: "wow sedap makanan ni, ngap ngap ngap!" atau "arghhhh! lapar!!! mahu makan!!! ngap ngap ngap!"

Step 4. Mula menulis pola fikir baru
Pola fikir ini adalah SARANAN untuk diri anda sendiri semasa sesi self hypnosis untuk dapatkan hasil "badan kurus, sihat dan kuat". Anda boleh tulis begini: "setiap nampak makanan sedap, makan separuh, enjoy sepuasnya separuh sahaja. arghhhhh!!! kurus! sihat! kuat!" Kata-kata ini juga boleh menjadi MANTRA kepada anda selama 90 hari, tiap-tiap hari, bukan sahaja sewaktu sesi self hipnosis.

Step 5. Memulakan sesi self hypnosis pertama
Kali ini, anda mesti mendapat persetujuan daripada minda bawah sedar anda untuk beri kerjasama. Katakan kepada minda bawah sedar "wahai minda bawah sedar, sekarang kita akan melakukan sesuatu adjustment kepada pola hidup kita, supaya badan kita jadi kurus, sihat dan kuat. Berikan kerjasama ya, wahai minda bawah sedar..." kemudian anda akan RASA minda bawah sedar melawan sekejap. Kalau begitu, jangan lawan. Biarkan sekejap, kemudian ulang lagi kata-kata di atas. Sampai anda RASA minda bawah sedar anda beri kerjasama, barulah mulai tarik nafas....

Step 6. Lakukan trance induction kepada diri anda sendiri
Baring atau duduk dengan selesa, kemudian santaikan diri anda. Jangan dulu tutup mata anda. Kemudian tarik nafas dalam-dalam, tahan 3 saat, dan hembus.... dan... ulang tiga kali... sambil rasa relaks. Kemudian kira mengundur, 3...2... dan 1... tutup mata perlahan-lahan... jangan tidur.

Step 7. Lakukan deepening
Maksudnya capai 10 kali ganda lebih relax, dan lebih santai berbanding sebelumnya. Supaya minda sedar anda tidur, dan minda bawah sedar anda sahaja yang "dengar cakap" anda. Caranya, bayangkan tangga atau lif yang ada 10 tingkat. Bayangkan betul-betul anda dalam lif atau di atas tangga. Kemudian anda betul-betul turun satu demi satu tingkat, 10... tarik nafas.. hembus... 9... tarik nafas.. hembus...  rasa lebih relax banding sebelumnya... 8... teruskan nafas, hembus... lebih relax.. santai.. 7..6..5..4..3..2.. dan.. 1... tarik nafas... hembus.. .rasa 10 kali lebih relax... lebih santai berbanding sebelumnya... dan 0... sekarang anda hanya berdepan dgn minda bawah sedar anda sahaja...

Step 8 Berikan saranan kepada minda bawah sedar anda
katakan kepada minda bawah sedar anda di bawah tangga 0 itu, "wahai minda bawah sedar... aku perintahkan engkau... setiap kali nampak makanan sedap, makan separuh sahaja ya, enjoy sepuasnya separuh sahaja. arghhhhh!!! pastikan badan kita tegap, sihat! kuat!" Ulang saranan ini dalam minda anda sebanyak lima kali, untuk betul-betul pastikan minda bawah sedar merakamnya dengan betul.

Step 9 Nikmati santai dan relax untuk beberapa minit
Kemudian relakskan balik diri anda, kosongkan minda anda, dan nikmati rasa santai beberapa minit. 

Step 10 Kemudian suruh minda sedar anda untuk lupa saranan anda
Ya, untuk minda bawah sedar bekerja di balik tabir, iaitu di bawah sedar, minda sedar anda (yang bercakap "wahai minda sedar, bla bla bla" itu) perlu lupakan saranan anda. Jadi beritahu minda sedar anda begini "wahai minda sedar, lupakan saranan tersebut, lupakan untuk ingat. Atau, ingat untuk lupakan saranan tadi ya minda sedar, kerana saranan itu biarlah minda bawah sedar sahaja yang ingat. Ingat ya minda sedar, ingat untuk lupakan, atau lupakan untuk ingat." Ulang beberapa kali. Ini namanya teknik amnesia kepada minda sedar. Supaya minda bawah sedar boleh buat kerjanya, di bawah sedar.

Step 11 Kembali ke dunia realiti
Selepas seketika, anda ada dua cara untuk kembali ke realiti. Pertama, jika anda lakukan sebelum tidur, anda boleh terus tidur sampai pagi. Tapi kedua, jika anda melakukan self hipnosis di sebelah siang, anda boleh arahkan diri anda untuk bangun dalam lima kiraan. katakan begini kepada diri anda: Dalam lima kiraan, saya akan bangun, buka mata, dan rasa lebih semangat berbanding sebelumnya. SATU, mula rasai tangan dan kaki. DUA mula sedar keadaan sekeliling(mata masih tertutup) TIGA mula bergerak EMPAT bersedia untuk buka mata dannnnnn.... LIMA! Buka mata DAN rasa lebih bersemangat berbanding sebelumnya!!!

Step 12 Berikan tepukan kepada diri anda sendiri kerana telah melalui SATU sesi self hipnosis dengan jayanya. Kemudian lupakan semuanya dan tapi setkan bila seterusnya anda mahu lakukan lagi self hipnosis seterusnya.

Begitulah langkah-langkah self hipnosis secara ringkas. Anda perlukan 90 hari untuk mengubah SATU pola fikir bawah sedar oleh itu, dalam 90 hari, lakukan sekurang-kurangnya 5 ke 8 sesi self hipnosis untuk SATU sahaja saranan untuk mengubah SATU sahaja pola fikir bawah sedar, untuk dapatkan SATU sahaja HASIL, contohnya anda mahu badan kurus, tegap, sihat dan kuat. 

Sedikit warning, jangan lakukan dua atau tiga saranan berbeza dalam satu sesi self hypnosis, atau dalam satu siri self hipnosis (satu siri self hypnosis mengandungi 5 ke 8 sesi dalam 90 hari). 

Kenapa? Kerana anda mahu minda bawah sedar anda fokus dengan kuat, kepada SATU sahaja hasil, jadi gunakan dengan sebaiknya. Sabar, dan konsisten dan tetap bersabar.

Selepas anda dah jadi kurus, tegap, sihat dan kuat dalam 90 hari bermula dari anda memulakan step 1, anda boleh pilih untuk balik ke page ini dan tinggalkan komen ucap terima kasih, atau anda boleh share post ini ke pada tiga orang kenalan anda.

Best kan? Selamat maju jaya.


 


1 comment: