Hypno Selling di Tiktok Adakah Berkesan?

Tengok sini selama tiga saat. Apa yang anda nampak? 

Ya jika anda melihat sesuatu selama tiga saat, anda akan mulai fokus. 

Dan fokus inilah yang akan membawa anda untuk 30 saat seterusnya.

Jika itu adalah betul, tahniah minda anda sihat dan boleh bawa bincang.

Apa? Anda ingin menghipnotis viewer anda di tiktok untuk beli produk affiliate yang anda jual?

Gunakan seni hypno selling, iaitu tujuh step hipnotis yang dinamakan sebagai Waking Hypnosis.

Waking hypnosis adalah sejenis hypnosis yang dilakukan kepada target tanpa perlu menyuruh mereka tidur. Ya betul lah, jika target tidur, macam mana mereka mahu tengok video tiktok anda kan.

Tapi jangan risau sebab waking hypnosis adalah sama seperti hipnotis lain, iaitu ada tujuh step.

Mahu tahu apa 7 step itu? Teruskan pembacaan. Sekejap saja tak sampai 5 minit.

1. Pre-talk. Iaitu membina rapport dengan viewer. Ok kita ambil video tiktok sebagai konteks ya. Maksudnya, bayangkan sekarang video anda ada di FYP viewer secara random. So, dalam masa berapa saat, dia akan swipe video anda jika tiada yang beri value pada dia. So, dalam masa 3 saat, anda mesti beri dia value, atau ringkasnya, sejenis RASA untuk dia connect dengan video anda, dan rasa mahu teruskan tengok sampai habis. Itulah pre-talk. 3 saat bina rapport dan buatkan viewer rasa "ok ini menarik, saya setuju untuk tengok video ini sampai habis."

2. Trance induction. sejurus selepas viewer video tiktok anda dah "setuju" untuk tengok video berterusan, bila-bila masa dia boleh swipe ya. Tapi anda perlu buat trance induction iaitu, bagi dia lebih fokus lagi ke video anda. Lakukan lagi dalam 3 ke 5 saaat. Contohnya, anda sengaja taip saalah untuk buatkan fokus dia lebih terfokus lagi. Bila dia dah terpancing, minda dia akan lebih fokus lagi tanpa perlu anda minta dia fokus.

3. NAh, inilah yang jarang orang buat, iaitu DEEPENING, maksudnya anda jerumuskan lagi viewer anda ke dalam video anda dengan lebih dalam lagi! Kali ini, gunakan GAMBAR atau gerak geri untuk absorb fokus lagi perhatian viewer masuk lagi ke dalam video anda. Part ini boleh jadikan viewer anda totally terserap dalam video anda tanpa berkedip. Sebab dia sedang WAKING HYPNOTIZED kepada video anda. Jika anda lupa, inilah part CONTENT  video anda. Gunakan penjelasan secara GERAKAN secara total. buatkan viewer anda deepen into content anda.

4. Suggestion. Part inilah anda berikan CALL TO ACTION. Ada dua cara, iaitu secara direct, atau secara  indirect. Jika anda belum ada skill bagi suggestion secara indirect, boleh guna sahaja secara direct contohnya, minta viewer untuk buat apa yang anda mahukan, contohnya klik beg kuning dan beli, atau sebagainya. Kaedah indirect, ada sedikit advanced iaitu secara embedded command. Tapi saya malas nak citer dekat sini hahaha sebab skill ini mahal hahaha. 

5. Selepas suggestion, buatkan step seterusnya iaitu distraction supaya minda sedar penonton terdistract, padahal minda bawah sedar dia SEDANG MELAKUKAN call to action anda TANPA SEBARANG PELUANG UNTUK MEMBANTAH. Kenapa? Sebab minda sedar sahaja yang boleh bantah secara kritis, so jika minda sedar dia sedang didistracted, maka minda bawah sedar dia akan serap dan lakukan suggestion atau saranan di step 4 di atas! INI SANGAT SANGAT POWERFUL jadi pastikan anda lakukan step ini dan step seterusnya.

6. Trance termination. Ok memandangkan sangat berbahaya jika seseorang stuck dalam keadaan terhipnotis, anda perlu lakukan step ini untuk buatkan viewer anda terbangun dari hipnotis, walaupun dia sedang dalam waking hipnotis. Caranya semudah buat count up untuk bawa viewer menyedari keadaan sekeliling dan rasa lebih bersemangat berbanding sebelumnya. Ya lakukan smeua ini di hujung video anda. At least sebelum hujung kerana ada next part lagi.

7. Post hypnotic suggestion. PArt ini, beerti di hujung video, apabila viewer dah sampai hujung dan dah bangun dari hipnotis anda, maka ini masa sesuai utk bagi saranan tambahan dan berikan kata-kata semangat kepada viewer supaya mereka lebih percaya diri dan lebih feel good, dan kaitkan feel good itu dengan video anda. Ambil peluang ini untuk sarankan supaya mereka follow akaun tiktok anda dan tengok juga video anda yang sebelumnya dan tanamkan dalam fikiran mereka untuk tengok video anda di masa depan setiap kali anda buat video baru. hehehe

Begitulah ceritanya. 

Tidak kira berapa saat atau minit video tiktok anda, boleh cuba masukkan ketujuh-tujuh step di atas untuk lakukan WAKING HYPNOSIS kepada viewer video tiktok anda. Buat sekurang-kurangnya 7 video untuk latihan, dan anda akan dapati beberapa video terawal anda akan semakin lama semakin berkesan dan anda akan lebih NAMPAK dan RASA perbezaan atau improvement seni waking hypnosis anda terhadap viewer video tiktok anda ke arah lebih best dan menguntungkan terutama jika anda adalah seorang tiktokshop affiliate yang buat untung secara menghasilkan jualan dan dapat komisen dengan banyak melalui video review produk affiliate di tiktok.

Tahniah kerana anda hebat baca sampai habis ini menunjukkan minda anda kuat dan sihat. Saya doakan anda menjadi semakin kaya dengan lebih senang dan dengan lebih cepat. Wow!

No comments:

Post a Comment