Perbezaan Minda Sedar Dan Minda Bawah Sedar Dan Kisah Kuasa Minda Albert Einstein

Minda sedar hanyalah 10% daripada keseluruhan minda kita.Manakala 90% lagi adalah minda bawah sedar kita.

Kita boleh menjadi manusia yang paling cekap dalam menggunakan minda sedar. Tetapi jika begitu, kita hanya menguasai 10% sahaja daripada keseluruhan minda kita.

Untuk menggunakan lebih daripada 10% kuasa minda, kita perlu belajar menggunakan minda bawah sedar kita juga, SECARA SEDAR.

Kita boleh berlatih mengawal minda bawah sedar kita secara sedar.

Satu contoh. Bernafas adalah dikawal minda bawah sedar kita. Ini kerana kita bernafas secara semulajadi di bawah kesedaran kita.

Tetapi, kita boleh mengawal pernafasan kita secara sedar, iaitu dengan menarik, menahan dan menghembus nafas secara terkawal.

Ini membuktikan yang kita boleh mengawal minda bawah sedar kita, secara sedar. Banyak kelebihannya jika kita boleh mengawal minda bawah sedar kita secara sedar.

Tapi sebelum itu, kita perlu memahami minda bawah sedar kita dengan lebih mendalam.

Terdapat perbezaan antara minda sedar dan minda bawah sedar kita.

Sama ada kita sedar atau tidak, dari kecil, kita pergi ke tadika, kemudian sekolah rendah, sekolah menengah.

Jika berpeluang, kita pergi ke kolej atau politeknik.

Akhirnya kita pergi belajar di universiti untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah, master dan seterusnya phd.

Pendidikan formal di sekolah hanya fokus kepada kebolehan menggunakan minda sedar sahaja.

Sering ditekankan kebolehan berfikir secara analitikal dan kritis. Ini adalah pendidikan yang berfokuskan minda sedar semata-mata.

Sejak kebelakangan ini barulah diterapkan pendidikan berfikir secara kreatif.

Berfikir secara kreatif adalah fungsi minda bawah sedar. Selain itu, terdapat banyak lagi fungsi minda bawah sedar yang perlu kita fahami.

Di bawah ini diterangkan perbezaan antara minda sedar dan minda bawah sedar supaya kita dapat memahami lebih banyak mengenai minda bawah sedar, dan seterusnya berlatih menguasainya.

Sehingga satu tahap, diharap kita boleh menggunakan lebih banyak peratusan kuasa minda kita yang merangkumi 10% minda sedar dan 90% minda bawah sedar.


I. Minda Sedar


A. menapis maklumat
B. memproses maklumat
C. membuat pertimbangan
D. membuat keputusan
E. memberi sebab dan alasan
F. mengkritik/berhujah


II. Minda Bawah Sedar


A. merakam semua maklumat
B. menyimpan maklumat
C. menyuapkan maklumat kepada minda sedar
D. menyuapkan emosi
E. melakukan proses kreatif


Sekiranya kita memahami minda bawah sedar dengan lebih baik, kita boleh, dengan bantuan minda sedar, mengawal penggunaan minda bawah sedar dan seterusnya menggunakannya untuk mendapatkan lebih banyak idea dan ilham kreatif yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Dengan cara ini, banyak masalah boleh diselesaikan dengan kaedah baru, dan banyak cara baru yang lebih seronok dapat kita lakukan untuk membuatkan hidup kita lebih seronok dan lebih bermakna berbanding sebelumnya. Kita ambil contoh Albert Einstein.


III. Albert Einstein Dan Penggunaan Kuasa Minda Melebihi 10%


"Imagination is more important than knowledge" - Albert Einstein


Orang yang dikatakan paling genius di dunia adalah albert einstein.

Menurut para saintis yang mengkaji otak beliau, albert einstein hanya menggunakan lebih kurang 14% sahaja kuasa mindanya, iaitu 4% lebih berbanding orang lain.

Dengan hanya sedikit sahaja penggunaan kuasa otak melebihi orang lain, albert einstein telah membuat penemuan penting dalam sains.

Kaedah pemikiran kreatifnya(menggunakan fungsi minda bawah sedar secara aktif) telah membolehkan beliau menemui formula tenaga E = mc^2 dan juga Teori Relativiti.

Penemuan beliau telah mencetuskan revolusi dalam bidang sains, di mana banyak penciptaan alat moden seperti Tenaga Nuklear, GPS dan LASER dapat dicipta berdasarkan penemuan beliau.

Bayangkan dengan penggunaan kuasa minda yang lebih sedikit (4% sahaja) berbanding orang lain, albert einstein boleh memberikan impak yang begitu besar terhadap bidang sains dan dunia.

Bayangkan jika ANDA juga menggunakan melebihi 10% kuasa minda anda.

Katakan hanya 1% lebih berbanding sebelumnya. Apakah yang akan berlaku dalam hidup anda?

Adakah akan berlaku perubahan yang besar dalam hidup anda?

Jika pun dunia ini tidak mengalami perubahan mendadak, sekurang-kurangnya hidup anda akan berubah dengan suatu perubahan yang sangat besar.

Jalan penyelesaian untuk banyak masalah anda akan lebih mudah ditemui.

Lebih banyak idea dan keseronokan baru akan anda dapat temui dalam hidup anda.

Ini sudah tentu bakal mengubah hidup anda 360 darjah dan memberikan anda pengalaman hidup yang tidak pernah anda bayangkan atau fikirkan sebelum ini.

Setelah memahami perbezaan minda sedar dan minda bawah sedar terutamanya minda bawah sedar, eloklah kita mulai belajar bagaimana untuk menguasai minda bawah sedar kita.

Setelah itu barulah kita boleh mulai menggunakannya dengan lebih kerap. ingatlah bahawa terdapat 90% potensi kuasa minda anda yang menanti untuk digunakan.

Belajarlah menggunakannya dengan kerap.


IV. BERITA BAIK

Dengan mempelajari kaedah hipnosis kendiri atau self-hipnosis, anda boleh menguasai dan seterusnya menggunakan minda bawah sedar anda tanpa bantuan orang lain.

Ini juga bagi mengelakkan orang lain (ahli hipnosis) daripada menguasai minda bawah sedar anda dan membuatkan anda melakukan sesuatu yang luar biasa tetapi turut memberi untung kepada orang tersebut.

Sudah tentu anda tidak mahu orang lain mengawal minda bawah sedar anda untuk kepentingan mereka bukan?

Di dalam artikel seterusnya, kita akan berkenalan dengan apa itu hipnosis dan 7 langkah yang perlu ada di dalam proses hipnosis.

Ini supaya anda boleh melakukan self-hipnosis dengan langkah yang betul dan berkesan ke atas diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment